Nasi Ayam Hainan
BAHAN-BAHAN
NASI
• Beras
• Air sup dari rebusan ayam
• 4 helai daun pandan
• Sedikit kunyit serbuk
CARA-CARA
• Masukkan semua kedalam periuk dan masak seperti biasa
SUP
• Air rebusan ayam
• 1 inci halia (dihiris nipis dan memanjang)
• Sedikit daun sup
• Sedikit daun bawang
CARA-CARA
• Rebus air dalam periuk sehingga mendidih
• Kecilkan api dan masukkan sedikit ayam
• Tutup periuk dengan tudung supaya wap ayam tidak keluar
• Biarkan ayam masak perlahan-lahan sehingga air sup hampir mendidih kembali
• Masukkan bawang putih, halia dan garam
• Biarkan selama 3-5 minit
SAMBAL
• 3 biji cili merah
• 1 ulas bawang putih
• 4 sudu besar gula putih
• 2 biji limau kasturi (perah dan ambil airnya sahaja)
CARA-CARA
• Mesin kesemua bahan sekali
ULAMAN
• Daun salad
• Timun
• Tomato
• Lobak merah