Masalah angin dalam badan terjadi apabila kolestrol jahat yang dikenali sebagai lemak tepu bergabung dengan asid yang terdapat di dalam badan manusia menyebabkan terjadinya pembentukan asid lemak tepu. Lama kelamaan, asid lemak tepu ini akan mengeras sehingga menjadi ketulan kristal angin yang menempel atau melekat pada permukaan luar saraf manusia lalu menyebabkan salur darah menjadi semakin sempit.
Salur darah yang sempit menyebabkan pengaliran darah menjadi tidak lancar menyebabkan oksigen dan nutrien-nutrien ke bahagian-bahagian badan yang memerlukan untuk berfungsi dengan baik, seterusnya mengundang pelbagai jenis penyakit akibat kesukaran darah untuk mengalir di kawasan-kawasan kristal angin ini terbentuk.
Terdapat empat (4) jenis masalah angin