2 PUNCA UTAMA ANGIN DALAM BADAN BERKUMPUL
Angin dalam badan merupakan keadaan biasa yang menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan di perut dan abdomen anda. Puncanya adalah pembentukan gas dalam sistem pencernaan yang meningkatkan tekanan di kawasan perut justeru itu menyebabkan kesakitan. Penghasilan gas ini adalah normal, malahan, semua individu menghasilkan gas dan perlu membuang angin untuk mengurangkannya secara purata sebanyak 15 hingga 20 kali dalam sehari. Menahan gas ini boleh menyebabkan angin terperangkap dalam badan sejurus itu mengakibatkan kesakitan teruk dan perut kembung. Rasa sakit dan perut kembung boleh menyebabkan ketidakselesaan. Kunci bagi mengurangkan masalah angin ini adalah dengan mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan dalam usus. Gas dihasilkan semasa proses penghadaman. Apabila anda makan makanan tertentu seperti gula dan karbohidrat mengambil masa untuk dipecahkan oleh perut atau usus kecil. Jadi, ia cenderung untuk tidak habis dicerna pada saat ia masuk ke dalam usus besar. Usus besar adalah perumah bagi berjuta-juta bakteria yang baik, yang dengan sukacitanya menjalankan tugas memecahkan gula, tepung dan serat dalam makanan yang tidak dicerna. Masalahnya, melalui proses tersebut, hasilnya adalah jumlah gas yang banyak. Sekiranya anda tidak dapat melepaskan gas tersebut melalui buang angin atau sendawa, ia akan terperangkap di dalam perut dan menyebabkan kesakitan serta kembung perut.APA PUNCA ANGIN DALAM BADAN?
Terdapat 2 sumber terjadinya angin:
- MENELAN UDARA
- APABILA BAKTERIA DALAM USUS BESAR MENGHADAM/MEMPROSES MAKANAN
Ok, itu adalah antara punca masalah angin. Apa pula tanda-tanda anda mengalami masalah angin dalam badan?
1. Sesak nafas, nafas pendek
2. Sakit dada tapi bila pergi cek jantung, Doktor kata jantung ok
3. Muntah angin terutama pada waktu pagi dan ketika perut kosong
4. Perut kembung/ buncit / boroi
5. Mudah naik angin walaupun hal kecil
6. Sakit pada bahu, belikat, leher dan kepala
7. Kerap rasa kebas terutama pada tangan dan kaki
8. Sering sakit pinggang dan belakang
9. Deman urat
10. Gastrik
11. Gerd
Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin dalam badan
Terdapat makanan tertentu yang cenderung menyebabkan pengeluaran gas yang berlebihan, termasuklah:- Produk tenusu seperti susu lembu, keju dan yogurt
- Makanan tinggi serat termasuklah kacang dan lentil
- Sayur-sayuran tinggi serat seperti sayuran cruciferous termasuklah kubis, bunga kobis, brokoli dan brussel sprout.
- Bawang merah dan bawang putih
- Buah-buahan yang mengandungi fruktosa atau gula buah yang tinggi, seperti strawberi, nanas dan pisang
- Gandum, barli dan rai (tetapi bukan biji-bijian lain seperti gandum, buckwheat dan quinoa)
- Makanan tinggi lemak, bergoreng dan pedas
- Minuman bergas dan alkohol
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Mengambil udara terlalu banyak apabila anda makan
- Gula-gula getah