Syarat dan Terma

SYARAT DAN PENDAFTARAN

Syarat Dan Peraturan

  1. Sila baca dan fahami isi kandungan Perjanjian Sales team ini dengan teliti.
  2. Ketika mengisi borang pemohonan sila pastikan anda menulis segala butiran yang diperlukan dengan jelas dan betul. Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak betul, Pihak Headquarters (HQ) berhak menolak permohonan anda untuk menjadi Sales team tanpa sebarang alasan.
  3. Setiap sales team akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM10.
  4. Setiap sales team tidak perlu memegang stok atau membuat pengeposan kepada pelanggan, semua itu diuruskan oleh pihak HQ.

Pemasaran & Pengawalan Harga Pasaran

  1. HQ akan memantau harga jualan yang dipasarkan sales team.
  2. Sekiranya HQ menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk, juruaudit akan dihantar untuk meninjau keadaan tersebut tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.
  3. Sales team dibenarkan untuk mempromosikan dan menjalankan aktiviti jualan melalui medium online seperti Blog/website/rangkai media sosial sebagai platform promosi dan jualan produk keluar Aputirich serta melalui offline sekiranya berminat.
  4. Mana-mana sales team bebas untuk menjalankan strategi pemasaran, di mana semua maklumat tentang produk akan diberikan oleh pihak HQ.
  5. Semua kos untuk promosi, diskaun, pengeposan yang dilakukan oleh pihak HQ, pihak HQ akan tanggung kos tersebut.
  6. Jika, sales team ingin membuat apa-apa iklan berbayar, itu adalah tanggungan sendiri.

Komisen

PERINGKAT

JUALAN (RM)

KOMISEN

A

(10, 000 – keatas)

30%

P

(7,000 – 9,999)

25%

U

(4,000 – 6,999)

20%

T

(1,000 – 3,999)

15%

I

(0 – 999)

10%

 

  1. Sales team perlu kekalkan jualan sebanyak RM 1,000 setiap bulan untuk kekal aktif sebagai sales team.
  2. Jika sales team tidak dapat kekal minimum jualan sebanyak RM 1,000, secara automatik sales team tersebut akan digantung selama 3 – 6 bulan.
  3. Dalam tempoh pergantungan, komisen tidak dibayar.
  4. Tarikh penutupan jualan pada 30/31hb, setiap sales team perlu hantar laporan jualan sebelum 10hb kerana pembayaran akan dibuat sebelum 10hb.

KELEBIHAN EJEN APUTIRICH

  • Keuntungan yang tinggi.
  • Sales team akan diiklankan di dalam website syarikat iaitu aputirich.com.my

Status Sales Team Aputirich terbatal

  1. Sales team adalah dilarang sama sekali untuk menjual harga produk samada melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.
  2. Melakukan promosi jualan secara SPAM atau apa sahaja bentuk yang melanggar etika sosial di laman web.
  3. Terlibat dengan salahlaku jenayah seperti penipuan, wang peras ugut dan sebagainya.

Disiplin Dan Salah Laku

  1. Setiap sales team adalah diingatkan supaya menjual produk mengikut harga pasaran yang telah di tetapkan. Sales team adalah dilarang sama sekali untuk menjual produk samada melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.
  2. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, HQ berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan status sales team. 

Insentif

  1. HQ akan menilai prestasi jualan sales team dan akan menawarkan Insentif berbentuk barangan atau percutian di dalam atau di luar negara.
  2. HQ berhak mengubah, meminda, menukar dan membatalkan insentif ini pada bila-bila masa.

Pertukaran Polisi, Syarat Dan Peraturan Syarikat

  1. HQ berhak mengubah, meminda dan menukar segala Polisi, Syarat dan Peraturan Syarikat yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.
  2. Semua perubahan & pertukaran polisi ini akan sentiasa di maklumkan kepada sales team Aputirich melalui bertulis atau telefon.