1. Gangguan Pernafasan
• Rasa sakit di dada terutamanya pada bahagian kiri dada sering menyebabkan orang ramai menyangka mereka terkena serangan jantung. Tapi, lepas berkejar ke klinik atau hospital, doktor pula beritahu yang badan kita normal. Pening pula bila memikirkannya. Simptom ini sebenarnya terjadi kerana lebihan angin di dalam perut sehingga menyebabkan perut menjadi kembung dan menolak diafragma sehingga menyukarkan ia untuk berkembang ketika menarik nafas. Akibatnya, individu tersebut akan mengalami masalah pernafasan, lalu mengakibatkan berlakunya kesukaran untuk jantung pengepam darah ke seluruh badan.
• Kandungan asid yang berlebihan di dalam badan juga menjadi antara faktor peningkatan kadar denyutan jantung sehingga menyebabkan mereka berasa seperti putus nafas atau kadar pernafasan mereka tidak lancar. Ia berlaku akibat angin medu yang berpunca dari perut (terutamanya ketika perut kosong) sehingga menyebabkan individu yang mengalaminya mengalami kesakitan di bahagian dada serta pedih ulu hati. Antara simptom kandungan asid yang berlebihan adalah muntah-muntah pada waktu pagi dan ketika perut kosong atau selepas makan, tegang leher dan sakit di pada belikat, kepala serta bahu.
2. Keletihan dan Lenguh-Lenguh Badan
• Kristal angin dan ketulan lemak yang terkumpul pada saraf akan menyebabkan pengaliran darah ke seluruh badan menjadi tidak lancar seterusnya menjadikan otot-otot badan tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan di bahagian otot lalu menyebabkan badan menjadi lenguh-lenguh dan sakit. Selain itu, keadaan ini juga mengakibatkan jumlah nutrien yang diterima oleh otot badan semakin berkurangan.
• Tahap kesegaran badan pesakit akan bertambah baik apabila asid laktik yang berlebihan ini disingkirkan melalui proses urutan. Walaubagaimanapun, selepas beberapa hari atau minggu, rasa sakit-sakit serta lenguh-lenguh badan akan kembali menyerang kerana otot akan mula menghasilkan asid laktik secara berlebihan akibat kekurangan oksigen pada bahagian yang terlibat kerana himpitan kristal angin pada saraf dan salur darah yang membekalkan oksigen ke otot.
• Pengumpulan kristal angin pada saraf akan menyebabkan pesakit sering berasa kebas dan sejuk pada bahagian tangan dan telapak kaki serta keletihan/kelesuan/tidak bertenaga walaupun selepas mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.
3. Sistem Imunisasi Yang Lemah
• Gas yang berlebihan mampu mengganggu saluran pencernaan sehingga menyebabkan perut menjadi kembung, penuh dan berangin. Kembung perut mengakibatkan individu yang mengalaminya berasa mual dan mengganggu selera makan mereka. Saluran pencernaan memainkan peranan yang penting dalam membina sistem imunisasi yang kuat kerana ia terletak sepanjang usus. Badan individu dengan sistem imunisasi yang lemah selalu menjadi sejuk lalu mendedahkan mereka dengan risiko serangan penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.