
PENGENALAN TERAPI
AputiRich Center menawarkan perkhidmatan berasaskan Terapi Ethno dalam membantu setiap pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di pusat terapi kami. Terapi Ethno merupakan satu kaedah terapi purba yang dipercayai mampu merawat masalah gangguan saraf manusia. Terapi Ethno ini wujud hasil dapatan kajian terdahulu yang mendapati bahawa gangguan saraf dalam badan manusia berlaku akibat daripada pengumpulan angin di dalam badan. Terapi Ethno berupaya untuk melepaskan 52 titik utama saraf yang dihimpit oleh lendir asid atau dikenali juga sebagai angin di seluruh badan. Selain lendir angin, lemak tepu yang berkumpul pada salur darah juga mampu mengganggu perjalanan sistem darah manusia, menyebabkan terbentuknya 31 simptom angin dalam badan manusia. Selain itu, Terapi Ethno juga dapat membantu dalam merawat pesakit dengan masalah lutut, pinggang, angin medu, uluran/angin pasang/mati pucuk, migraine, sakit kepala, gastrik/GERD dan sebagainya. Terapi ini juga sesuai untuk diaplikasikan kepada pesakit yang mengalami masalah angin, sakit belakang dan sakit sendi.
Ahli terapi di AputiRich Center akan menumpukan perhatian mereka untuk melepaskan titik-titik saraf yang tertentu dan penting sahaja (terletak antara kepala hingga kaki) dan proses pemecahan lendir angin yang menghimpit saraf pesakit dilakukan menggunakan jari, buku lima, dan siku (sekiranya perlu). Walaubagaimanapun, pesakit diingatkan bahawa proses terapi yang kami tawarkan bukan berbentuk urutan. Selepas lendir angin pada titik saraf yang terlibat dipecahkan, barulah proses pemulihan gangguan saraf boleh berlaku secara semulajadi.
Ahli terapi di AputiRich Center dipilih dalam kalangan individu yang terlatih, berpengetahuan dan berpengalaman dalam mengaplikasikan teknik ini berdasarkan kepada kondisi pesakit kami. Ia penting dalam memastikan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di AputiRich Center mendapat manfaat yang positif serta terbaik dari rawatan yang kami tawarkan.
Di AputiRich Center, kami juga sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran rawatan yang sihat, di mana kami berpegang kepada etika, rawatan yang tulen serta adil kepada setiap pesakit yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kami.