Skip to content

JENIS MASALAH ANGIN DALAM BADAN

Masalah angin dalam badan terjadi apabila kolestrol jahat yang dikenali sebagai lemak tepu bergabung dengan asid yang terdapat di dalam badan manusia menyebabkan terjadinya pembentukan asid lemak tepu. Lama kelamaan, asid lemak tepu ini akan mengeras sehingga menjadi ketulan kristal angin yang menempel atau melekat pada permukaan luar saraf manusia lalu menyebabkan salur darah menjadi semakin sempit. Salur darah yang sempit menyebabkan pengaliran darah menjadi tidak lancar menyebabkan oksigen dan nutrient-nutrien ke bahagian-bahagian badan yang memerlukan untuk berfungsi dengan baik tidak dapat disalurkan, seterusnya mengundang pelbagai jenis penyakit akibat kesukaran darah untuk mengalir di kawasan-kawasan kristal angin ini terbentuk.

Terdapat empat (4) jenis masalah angin yang sering menghantui masyarakat iaitu:

1. Angin Medu

Terjadi apabila saluran hempedu dihimpit oleh kristal angin sehingga menyebabkan sistem pencernaan badan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana hempedu merupakan salah satu organ yang memainkan peranan yang penting untuk memastikan sistem pencernaan kita dapat bekerja dengan lancar. Apabila sistem pencernaan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik, angin akan mula berkumpul di dalam perut. Kemudian, ia akan menekan bahagian dada sehingga menyebabkan seseorang individu itu rasa sakit dada, sakit belikat, sakit pinggang dan tegang leher.

2.	Angin Luar Saraf 

Terjadi apabila kristal angin telah terbentuk dan berkumpul di bahagian luar salur darah kita. Kristal angin ini akan menekan salur darah sehingga ia menjadi sempit, lalu menyebabkan pengaliran darah ke seluruh bahagian badan menjadi tidak lancar. Sekiranya ke klinik atau hospital, mereka kebiasaannya tidak dapat mengesan masalah angin luar saraf. Individu yang menderita masalah angin luar saraf ini sering rasa kebas dan sejuk di bahagian kaki serta tangan, dan mencucuk di bahagian kaki.


3.	Angin Dalam Saraf 

Ia berlaku apabila kristal angin terbentuk di dalam salur darah manusia sehingga menyukarkan darah untuk mengalir melalui saluran tersebut. Selalunya, masalah ini dapat dikesan sekiranya anda ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Antara masalah yang berlaku akibat angin dalam saraf adalah penyakit jantung, gout dan saluran darah tersumbat.
4. Angin Roh / Angin Singgah

Ia berlaku kerana cas atau arus elektrik yang terdapat di dalam badan seseorang individu itu telah dipindahkan kepada individu lain menyebabkan individu tersebut menerima angin daripada orang lain. Kebiasaannya, tukang urut akan mengalami masalah ini kerana angin yang terkumpul di dalam badan pesakit akan dikeluarkan melalui tukang urut tersebut.