Skip to content

2 Punca Utama Angin Dalam Badan Berkumpul

2 PUNCA UTAMA ANGIN DALAM BADAN BERKUMPUL

 tanda-tanda angin dalam badan Angin dalam badan merupakan keadaan biasa yang menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan di perut dan abdomen anda. Puncanya adalah pembentukan gas dalam sistem pencernaan yang meningkatkan tekanan di kawasan perut justeru itu menyebabkan kesakitan. Penghasilan gas ini adalah normal, malahan, semua individu menghasilkan gas dan perlu membuang angin untuk mengurangkannya secara purata sebanyak 15 hingga 20 kali dalam sehari. Menahan gas ini boleh menyebabkan angin terperangkap dalam badan sejurus itu mengakibatkan kesakitan teruk dan perut kembung. Rasa sakit dan perut kembung boleh menyebabkan ketidakselesaan. Kunci bagi mengurangkan masalah angin ini adalah dengan mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan dalam usus. Gas dihasilkan semasa proses penghadaman. Apabila anda makan makanan tertentu seperti gula dan karbohidrat mengambil masa untuk dipecahkan oleh perut atau usus kecil. Jadi, ia cenderung untuk tidak habis dicerna pada saat ia masuk ke dalam usus besar. Usus besar adalah perumah bagi berjuta-juta bakteria yang baik, yang dengan sukacitanya menjalankan tugas memecahkan gula, tepung dan serat dalam makanan yang tidak dicerna. Masalahnya, melalui proses tersebut, hasilnya adalah jumlah gas yang banyak. Sekiranya anda tidak dapat melepaskan gas tersebut melalui buang angin atau sendawa, ia akan terperangkap di dalam perut dan menyebabkan kesakitan serta kembung perut. 

APA PUNCA ANGIN DALAM BADAN?

Terdapat 2 sumber terjadinya angin:
  1. MENELAN UDARA
  2. APABILA BAKTERIA DALAM USUS BESAR MENGHADAM/MEMPROSES MAKANAN
Apabila kita makan dan minum, kita akan menelan udara secara tidak sengaja. Perbuatan mengunyah gula-gula getah juga membenarkan banyak angin masuk kedalam badan. Sekiranya angin ni tak keluar melalui sendawa, ia akan masuk ke usus dan menyebabkan kembung atau masalah angin.Karbohidrat merupakan makanan yang susah dihadam. Sekiranya badan kita tak mempunyai cukup enzim untuk menghadam karbohidrat ketika ia melalui usus kecil, makanan yang tidak dapat dihadam tadi akan meneruskan perjalanan ke usus besar dalam keadaan yang masih belum dihadam sepenuhnya. Disinilah bakteria terpaksa bekerja untuk memecahkan karbohidrat tadi dan melepaskan gas nitrogen, karbon dioksida, dan metana yang seharusnya disingkir keluar dari badan.Tak semua makanan berangin. Selalunya angin terjadi selepas kita makan karbohidrat terutamanya yang mengandungi serat tidak larut seperti kacang dan sesetengah sayur seperti brokoli, kubis dan bawang.  Makanan yang tinggi dengan serat seperti beras perang dan ‘baked beans’ juga boleh menyumbang kepada masalah angin. Juga, tak semua orang juga mendapat kesan yang sama bagi semua makanan. Harus cuba dulu dan tengok samada ianya sesuai dengan badan sendiri atau tidak.Antara punca angin yang lain adalah seperti minum minuman bergas atau berkarbonat, perubahan dalam diet.
Ok, itu adalah antara punca masalah angin. Apa pula tanda-tanda anda mengalami masalah angin dalam badan?
1. Sesak nafas, nafas pendek
2. Sakit dada tapi bila pergi cek jantung, Doktor kata jantung ok
3. Muntah angin terutama pada waktu pagi dan ketika perut kosong
4. Perut kembung/ buncit / boroi
5. Mudah naik angin walaupun hal kecil
6. Sakit pada bahu, belikat, leher dan kepala
7. Kerap rasa kebas terutama pada tangan dan kaki
8. Sering sakit pinggang dan belakang
9. Deman urat
11. Gerd 

Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin dalam badan

Terdapat makanan tertentu yang cenderung menyebabkan pengeluaran gas yang berlebihan, termasuklah:
  • Produk tenusu seperti susu lembu, keju dan yogurt
  • Makanan tinggi serat termasuklah kacang dan lentil
  • Sayur-sayuran tinggi serat seperti sayuran cruciferous termasuklah kubis, bunga kobis, brokoli dan brussel sprout.
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Buah-buahan yang mengandungi fruktosa atau gula buah yang tinggi, seperti strawberi, nanas dan pisang
  • Gandum, barli dan rai (tetapi bukan biji-bijian lain seperti gandum, buckwheat dan quinoa)
  • Makanan tinggi lemak, bergoreng dan pedas
  • Minuman bergas dan alkohol
Bukan itu sahaja, angin dalam badan juga boleh disebabkan oleh:
  • Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
  • Mengambil udara terlalu banyak apabila anda makan
  • Gula-gula getah
Setiap individu adalah berbeza. Sesetengahnya mungkin mendapati produk tenusu menyebabkan gas yang berlebihan manakala individu yang lain, kekacang atau sayur-sayuran merupakan punca utama.Cara paling berkesan untuk membantu mengawal angin dalam badan adalah dengan melakukan perubahan pada diet anda. Selalunya, kaedah ini adalah ‘trial and error’, sambil anda mengenalpasti makanan yang menyebabkan anda menghasilkan terlalu banyak gas. Hilton Strathclyde Hotel, Bellshill (North Lanarkshire) – Atrapalo.com alpha pharma testocyp review hotel quality inn edison-new brunswick edison, nj 3* (united states) – from €65 | hotelmix

Share: