Skip to content
KEBIMBANGAN (ANZIETI)
.
Kebimbangan diklasifikasikan sebagai satu reaksi yang normal yang akan ditunjukkan oleh sesorang apabila mereka berada di dalam keadaan yang menambahkan tekanan terhadap mereka. Kadang-kala, kita akan berasa bimbang dengan kemampuan kita untuk menghadapi peperiksaan. Selepas selesai menjawab, kita juga mungkin akan bimbang sekiranya jawapan itu salah pula. Kita juga mungkin akan berada di dalam satu situasi yang berisiko seperti pernah hampir terlibat dengan kemalangan dan sebagainya, kebimbangan itu dapat menjadikan kita lebih berhati-hati, sentiasa berwaspada dan bersedia. Ia dikelaskan sebagai reaksi yang normal kerana ia merupakan perasaan yang hanya bersifat sementara sahaja.

Walaubagaimanapun, kebimbangan yang tidak dapat dikawal dan berlanjutan dalam satu jangka masa yang panjang sehingga menjejaskan fungsi harian dikelaskan sebagai kebimbangan yang berlebihan atau lebih dikenali sebagai anzieti. 

Berpeluh, degupan jantung lebih laju daripada kadar yang normal, dan sesak nafas menjadi antara simptom atau gejala kebimbangan yang melampau. Anzieti terjadi disebabkan oleh beberapa faktor antaranya trauma, tekanan, penggunaan dadah atau alkohol dan faktor-faktor lain.

Akan tetapi, tidak semua individu yang menderita masalah anzieti kerana faktor-faktor yang disenaraikan di atas. Hal ini kerana masalah kandungan gas atau angin yang berlebihan serta tinggi di dalam badan sebenarnya mampu menyebabkan individu yang mengalaminya menghadapi gejala kebimbangan yang dinyatakan sebelumnya. Gas yang berlebihan di dalam badan, terutamanya di dalam perut akan menjadi punca kepada anzieti. Ia berlaku kerana apabila gas terlalu banyak di dalam perut, ia akan naik ke dada terlebih dahulu. Apabila gas atau angin yang berlebihan ini naik dan menekan dada lalu menyebabkan berlaku kesukaran untuk bernafas. 

Kesukaran untuk bernafas akibat masalah angin yang berlebihan di dalam perut terjadi kerana terdapat kristal angin yang telah mengeras pada saluran darah. Lekatan kristal angin pada salur darah ini akan mengganggu aliran darah ke seluruh badan, terutamanya ke jantung menjadi tidak lancar. Hasilnya, badan kita tidak akan mendapat oksigen yang mencukupi. Akibatnya, kita terpaksa mengambil nafas yang pendek-pendek dan kerap. 

Kesukaran untuk bernafas akan menyebabkan individu yang mengalaminya mula berasa bimbang dengan keadaan kesihatannya. Sekiranya kebimbangan yang dirasai itu tidak menganggu individu tersebut daripada menjalankan aktiviti hariannya, ia dianggap sebagai kebimbangan yang biasa. Tetapi sekiranya keadaan ini menyebabkan individu tersebut terlalu berfikir tentang perkara-perkara yang masih belum terjadi atau sehingga mengganggu kualiti tidur mereka, maka ia dapat dikelaskan sebagai anzieti. Walaubagaimanapun, hanya pegawai perubatan sahaja yang dapat mengesahkan sama ada individu yang mengalami masalah kebimbangan ini sebagai anzieti atau tidak.

Terdapat beberapa kaedah untuk merawat anzieti yang meliputi perubatan moden dan alternatif. Cara rawatan moden untuk mengatasi masalah anzieti adalah melalui perubahan terhadap gaya hidup serta rawatan psikiatri. Walaubagaimanapun, untuk individu yang menghadapi masalah anzieti disebabkan oleh kandungan gas atau angin yang tinggi di dalam badan, adalah penting untuk mereka merawat punca utama kepada masalah ini iaitu dengan menyingkirkan angin yang berlebihan di dalam badan mereka.

RS24 keluaran AputiRich merupakan kapsul sayuran yang dapat membantu untuk menyingkirkan kandungan angin yang berlebihan di dalam badan. Bahan utama bagi RS24 terdiri daripada Alpinia Galanga, sejenis lengkuas mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat bukan sahaja masalah berkaitan angin di dalam badan, tetapi ia juga dapat digunakan untuk mengatasi masalah kesihatan umum yang lain. Dengan hanya sebiji RS24 setiap malam sebelum tidur, ia dapat membantu untuk menyingkirkan angin yang berlebihan dari dalam badan serta mengatasi masalah-masalah kesihatan yang berkait dengan angin yang berlebihan dari dalam badan kita.