PENGENALAN TERAPI
AputiRich Therapy Center menawarkan perkhidmatan berasaskan Terapi Ethno dalam membantu setiap pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di pusat terapi kami. Terapi Ethno merupakan satu kaedah terapi purba yang dipercayai mampu merawat masalah gangguan saraf manusia. Terapi Ethno ini wujud hasil dapatan kajian terdahulu yang mendapati bahawa gangguan saraf dalam badan manusia berlaku akibat daripada pengumpulan angin di dalam badan. Terapi Ethno berupaya untuk melepaskan 52 titik utama saraf yang dihimpit oleh lendir asid atau dikenali juga sebagai angin di seluruh badan. Selain lendir angin, lemak tepu yang berkumpul pada salur darah juga mampu mengganggu perjalanan sistem darah manusia, menyebabkan terbentuknya 31 simptom angin dalam badan manusia. Selain itu, Terapi Ethno juga dapat membantu dalam merawat pesakit dengan masalah lutut, pinggang, angin medu, uluran/angin pasang/mati pucuk, migraine, sakit kepala, gastrik/GERD dan sebagainya. Terapi ini juga sesuai untuk diaplikasikan kepada pesakit yang mengalami masalah angin, sakit belakang dan sakit sendi.
Ahli terapi di AputiRich Therapy Center akan menumpukan perhatian mereka untuk melepaskan titik-titik saraf yang tertentu dan penting sahaja (terletak antara kepala hingga kaki) dan proses pemecahan lendir angin yang menghimpit saraf pesakit dilakukan menggunakan jari, buku lima, dan siku (sekiranya perlu). Walaubagaimanapun, pesakit diingatkan bahawa proses terapi yang kami tawarkan bukan berbentuk urutan. Selepas lendir angin pada titik saraf yang terlibat dipecahkan, barulah proses pemulihan gangguan saraf boleh berlaku secara semulajadi.
Ahli terapi di AputiRich Therapy Center dipilih dalam kalangan individu yang terlatih, berpengetahuan dan berpengalaman dalam mengaplikasikan teknik ini berdasarkan kepada kondisi pesakit kami. Ia penting dalam memastikan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di AputiRich Center mendapat manfaat yang positif serta terbaik dari rawatan yang kami tawarkan.
Di AputiRich Therapy Center, kami juga sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran rawatan yang sihat, di mana kami berpegang kepada etika, rawatan yang tulen serta adil kepada setiap pesakit yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kami.
PUNCA ANGIN DALAM BADAN
Angin yang terkumpul dalam perut biasanya akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan di kawasan tersebut kerana pembentukan gas akan meningkatkan tekanan di kawasan perut, seterusnya menjadi punca kesakitan di bahagian perut. Penghasilan gas di dalam perut adalah kejadian yang normal. Malah, semua orang menghasilkan gas di dalam perut mereka. Tetapi, proses buang angin sebanyak 15 hingga 20 kali sehari mampu untuk mengurangkan kandungan gas dalam perut. Tabiat menahan angin boleh menyebabkan angin terperangkap, lalu mengakibatkan rasa sakit yang teruk serta kembung, lalu menimbulkan rasa ketidakselesaan.
Secara ringkasnya, terdapat dua punca kepada masalah angin dalam badan iaitu:
Proses Pernafasan
Proses Pencernaan Makanan Bergula dan Karbohidrat
Kunci utama untuk mengatasi masalah angin adalah melalui proses pengurangan kandungan gas yang terhasil melalui proses penghadaman di dalam usus dan perut. Makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan oleh perut dan usus kecil. Oleh itu, proses pencernaan makanan yang bergula serta mengandungi karbohidrat berkemungkinan menjadi tidak lengkap sewaktu ia masuk ke dalam usus besar.
Usus besar merupakan ‘rumah’ kepada berjuta-juta bakteria baik (probiotik) yang akan bekerja untuk memecahkan molekul gula dan karbohidrat yang tidak dapat dicernakan oleh perut. Tetapi, proses pencernaan yang berlaku di dalam usus besar akan menghasilkan gas (nitrogen, karbon
dioksida dan metana) dalam jumlah yang banyak. Sekiranya seseorang individu itu tidak dapat melepaskan angin dari dalam usus besar melalui proses buang angin atau sendawa, gas tersebut akan menjadi semakin banyak dan terus terperangkap di dalam sistem percernaan lalu menyebabkan perut berasa sakit dan kembung.
JENIS MASALAH ANGIN DALAM BADAN
Masalah angin dalam badan terjadi apabila kolestrol jahat yang dikenali sebagai lemak tepu bergabung dengan asid yang terdapat di dalam badan manusia menyebabkan terjadinya pembentukan asid lemak tepu. Lama kelamaan, asid lemak tepu ini akan mengeras sehingga menjadi ketulan kristal angin yang menempel atau melekat pada permukaan luar saraf manusia lalu menyebabkan salur darah menjadi semakin sempit. Salur darah yang sempit menyebabkan pengaliran darah menjadi tidak lancar menyebabkan oksigen dan nutrient-nutrien ke bahagian-bahagian badan yang memerlukan untuk berfungsi dengan baik tidak dapat disalurkan, seterusnya mengundang pelbagai jenis penyakit akibat kesukaran darah untuk mengalir di kawasan-kawasan kristal angin ini terbentuk (Boleh Insert Video).
Terdapat empat (4) jenis masalah angin yang sering menghantui masyarakat iaitu:
Angin Medu (Insert gambar / video mechanism)
Terjadi apabila saluran hempedu dihimpit oleh kristal angin sehingga menyebabkan sistem pencernaan badan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana hempedu merupakan salah satu organ yang memainkan peranan yang penting untuk memastikan sistem pencernaan kita dapat bekerja dengan lancar. Apabila sistem pencernaan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik, angin akan mula berkumpul di dalam perut. Kemudian, ia akan menekan bahagian dada sehingga menyebabkan seseorang individu itu rasa sakit dada, sakit belikat, sakit pinggang dan tegang leher.
Angin Luar Saraf (Insert gambar / video mechanism)
Terjadi apabila kristal angin telah terbentuk dan berkumpul di bahagian luar salur darah kita. Kristal angin ini akan menekan salur darah sehingga ia menjadi sempit, lalu menyebabkan pengaliran darah ke seluruh bahagia nbadan menjadi tidak lancar. Sekiranya ke klinik atau hospital, mereka kebiasaannya tidak dapat mengesan masalah angin luar saraf. Individu yang menderita masalah angin luar saraf ini sering rasa kebas dan sejuk di bahagian kaki serta tangan, dan mencucuk di bahagian kaki.
Angin Dalam Saraf (Insert gambar / video mechanism)
Ia berlaku apabila kristal angin terbentuk di dalam salur darah manusia sehingga menyukarkan darah untuk mengalir melalui saluran tersebut. Selalunya, masalah ini dapat dikesan sekiranya anda ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Antara masalah yang berlaku akibat angin dalam saraf adalah penyakit jantung, gout dan saluran darah tersumbat.
Angin Roh / Angin Singgah (Insert gambar / video mechanism)
Ia berlaku kerana cas atau arus elektrik yang terdapat di dalam badan seseorang individu itu telah dipindahkan kepada individu lain menyebabkan individu tersebut menerima angin daripada orang lain. Kebiasaannya, tukang urut akan mengalami masalah ini kerana angin yang terkumpul di dalam badan pesakit akan dikeluarkan melalui tukang urut tersebut.
SIMPTOM MASALAH ANGIN DALAM BADAN
Gangguan Pernafasan
Rasa sakit di dada terutamanya pada bahagian kiri dada sering menyebabkan orang ramai menyangka mereka terkena serangan jantung. Tapi, lepas berkejar ke klinik atau hospital, doktor pula beritahu yang badan kita normal. Pening pula bila memikirkannya. Simptom ini sebenarnya terjadi kerana lebihan angin di dalam perut sehingga menyebabkan perut menjadi kembung dan menolak diafragma sehingga menyukarkan ia untuk berkembang ketika menarik nafas. Akibatnya, individu tersebut akan mengalami masalah pernafasan, lalu mengakibatkan berlakunya kesukaran untuk jantung pengepam darah ke seluruh badan.
Kandungan asid yang berlebihan di dalam badan juga menjadi antara faktor peningkatan kadar denyutan jantung sehingga menyebabkan mereka berasa seperti putus nafas atau kadar pernafasan mereka tidak lancar. Ia berlaku akibat angin medu yang berpunca dari perut (terutamanya ketika perut kosong) sehingga menyebabkan individu yang mengalaminya mengalami kesakitan di bahagian dada serta pedih ulu hati. Antara simptom kandungan asid yang berlebihan adalah muntah-muntah pada waktu pagi dan ketika perut kosong atau selepas makan, tegang leher dan sakit di pada belikat, kepala serta bahu.
Keletihan dan Lenguh-Lenguh Badan
Kristal angin dan ketulan lemak yang terkumpul pada saraf akan menyebabkan pengaliran darah ke seluruh badan menjadi tidak lancar seterusnya menjadikan otot-otot badan tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan di bahagian otot lalu menyebabkan badan menjadi lenguh-lenguh dan sakit. Selain itu, keadaan ini juga mengakibatkan jumlah nutrien yang diterima oleh otot badan semakin berkurangan.
Tahap kesegaran badan pesakit akan bertambah baik apabila asid laktik yang berlebihan ini disingkirkan melalui proses urutan. Walaubagaimanapun, selepas beberapa hari atau minggu, rasa sakit-sakit serta lenguh-lenguh badan akan kembali menyerang kerana otot akan mula menghasilkan asid laktik secara berlebihan akibat kekurangan oksigen pada bahagian yang terlibat kerana himpitan kristal angin pada saraf dan salur darah yang membekalkan oksigen ke otot.
Pengumpulan kristal angin pada saraf akan menyebabkan pesakit sering berasa kebas dan sejuk pada bahagian tangan dan telapak kaki serta keletihan/kelesuan/tidak bertenaga walaupun selepas mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.
Sistem Imunisasi Yang Lemah
Gas yang berlebihan mampu mengganggu saluran pencernaan sehingga menyebabkan perut menjadi kembung, penuh dan berangin. Kembung perut mengakibatkan individu yang mengalaminya berasa mual dan mengganggu selera makan mereka. Saluran pencernaan memainkan peranan yang penting dalam membina sistem imunisasi yang kuat kerana ia terletak sepanjang usus. Badan individu dengan sistem imunisasi yang lemah selalu menjadi sejuk lalu mendedahkan mereka dengan risiko serangan penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.
MANFAAT TERAPI ETHNO DI APUTIRICH THERAPY CENTER
Selepas pesakit mendapatkan rawatan di AputiRich Therapy Center, mereka akan mendapati bahawa:
Badan menjadi semakin ringan
Rasa kebas-kebas di bahagian kaki dan tangan berkurangan
Rasa lenguh-lenguh pada anggota bada semakin berkurang
Pengaliran darah dan pernafasan bertambah lancar
Rasa sakit dan mencucuk pada dada berkurangan
Bebas untuk makan makanan kegemaran tanpa perlu berpantang seperti sebelum mendapatkan rawatan
PROSES RAWATAN DI APUTIRICH THERAPY CENTER
Pemeriksaan angin dalam badan untuk mengenalpasti punca sebenar masalah yang dihadapi oleh pesakit
Terapi Ethni akan dijalankan oleh ahli terapi di AputiRich Therapy Center untuk melegakan titik-titik saraf yang tersekat akibat kristal angin untuk memecahkan ketulan angin yang menempel pada saluran darah, seterusnya melancarkan kembali pengaliran darah ke seluruhan badan.
Selesai rawatan, pesakit akan diberikan senarai makanan berangin yang perlu dielakkan. Senarai ini telah dikaji bersama dengan orang asli dan bukan berdasarkan rujukan Google semata-mata.
Kami akan sentiasa dapatkan perkembangan terkini keadaan pesakit selepas mendapatkan rawatan Terapi Ethno dari semasa ke semasa.
SENARAI MAKANAN PUNCA ANGIN
JENIS TERAPI DI APUTIRICH THERAPY CENTER
Terapi Sakit Belakang
Terapi Sakit Sendi
Terapi Angin